Identiti TKRS

Uniform TKRS




Pengertian logo KRS/TKRS


1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.





Bendera KRS/TKRS





1. Warna Hijau melambangkan:-

· Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
· Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.


2. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulumKRS/TKRS.

3. Cogan kata KRS ’ ILMU IMAN AMAL’:-

· ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
· IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asaspembinaan diri.
· AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.




Elemen Kurikulum KRS/TKRS









Lagu KRS/TKRS

KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja , sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja , hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati , dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah



No comments:

Post a Comment