Friday 9 June 2017

Taklimat Penyelarasan Perkhemahan Tahunan TKRS Peringkat Negeri MelakaTahun 2017


Mesyuarat/Seminar/Bengkel : Taklimat Penyelarasan Perkhemahan Tahunan TKRS Peringkat Negeri MelakaTahun 2017
Pengerusi : Kapten KRS Mohd Khairulamin Bin Mohamed
Tarikh / Hari : 25 Mei 2017 / Khamis
Masa : Jam 1400 – Jam 1540
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Seri Bandar Melaka
Anjuran : Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Nama Pegawai Pelapor : Kapten KRS Mohd Yatim Bin Isak
Rumusan perkara yang dibincang/disampaikan :
1. Kepentingan unit beruniform GO dan NGO di sekolah.
2. Tarikh Perkhemahan Tahunan TKRS peringkat Negeri ialah 3 hingga 5 Julai 2017 bertempat di Pusat Kokurikulum Melaka di Lanchang.
3. Bayaran untuk makan peserta akan dikenakan sebanyak RM50 seorang untuk menampung makan, minum serta kos aktiviti selama 2 hari setengah.
4. Setiap sekolah boleh menghantar minimum 2 orang peserta manakala maksimum 4 orang sekolah.
5. Aktiviti dijalankan secara integrasi antara sekolah, kaum, agama dan bangsa. 
6. Perkhemahan peringkat kebangsaan akan diadakan di Negeri Perlis pada 24 Julai 2017.
7. Latihan pusat akan dijalankan bagi kadet-kadet yang terpilih bermula pada 21 hingga 23 Julai 2017.


Mejar KRS Edie Gan diiringi oleh En Lee Siong Seng dan Kapten KRS Mohd Amin bin Mohamed sedang memberikan taklimat jurulatih TKRS sekolah-sekolah Negeri Melaka.

 Jurulatih TKRS sekolah-sekolah sedang khusyuk mendengar taklimat yang diberikan

Kelihatan lebih separuh yang hadir adalah muka-muka baharu yang dilantik menjadi jurulatih TKRS peringkat sekolah.